Sunday, April 14, 2013

ISU ADENGAN BERAHI NORA DANISH

Isu adengan berahi Nora Danish.

Semakin advanced pelakon2 Malaysia kita ini. Nak bersaing dengan negara jiran ke? hehe
Berlakon2 juga, tapi jangan lah sampai terlabih batasan hanya kerana mengejar glamour. Katanya tak sempat tengok. Alah dia pelakonnya nak tengok apa lagi haha.
Sayangilah diri anda. 


"Saya tidak berkesempatan menonton adegan-adegan yang menjadi kontroversi itu, namun diberitahu orang di sekeliling bahawa saya kelihatan seperti berbogel. Saya tahu apa yang saya buat. Jika adegan-adegan tersebut begitu memberahikan, ia tidak akan diklasifikasikan sebagai PG13," Ujar beliau.

LELAKI PARAH DITETAK KETIKA PASANG BENDERA PARTI



Adoi!!!
Sekarang ni nak pasang bendera pun  sangat bahaya. Inilah akibat terlalu taksub sangat dengan politik, sampai sanggup nak bunuh orang. Pasang bendera je pun. Di mana hilangnya kesopanan dan kehormatan masyarakat melayu?

Berpolitik lah secara sehat. Menang kalah adat bertanding. Mengapa takut sangat dengan keruntuhan UMNO? Ramai rakyat jelata dah x nak mereka mentadbir negara Malaysia lagi. Tukar la pula dengan parti lain. Negara lain pun dah banyak kali bertukat mandat. Mengapa UMNO takut sangat? Seperti puak2 yang bersalah besar terhadap negara.

Makin kamu buat perangai macam ni, makin kamu ditolak!
sebelum2 ni serangan samseng2 kat ceramah politik PKR. mmm....



KUALA TERENGGANU, 13 April (Bernama) -- Seorang lelaki parah akibat ditetak
ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik di Kemaman malam tadi.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata
kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam itu dipercayai berpunca akibat
perebutan kawasan untuk memasang bendera parti.
Katanya mangsa berusia 40-an bersama empat lagi rakannya sedang memasang
bendera parti apabila dihampiri sekumpulan lelaki yang kemudiannya bertindak di
luar kawalan dengan menetak mangsa menggunakan parang.
"Akibat tetakan itu mangsa mengelami kecederaan parah di bahagian hadapan
dan belakang badan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ampuan
Afzan, Kuantan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya polis sedang memburu kumpulan suspek yang dipercayai dianggotai
10 orang berusia antara 30 hingga 40 tahun.
Tiam berkata sehingga kini sebanyak tujuh laporan polis dibuat berhubung kes
pergaduhan melibatkan parti politik dan ini merupakan kes pertama yang
mendatangkan kecederaan.
Beliau mengingatkan penyokong parti politik supaya jangan bertindak di luar
batasan dan sebaliknya membuat laporan polis sekiranya bendera dan poster parti
mereka dirosakkan.
-- BERNAMA
NFI AZM RHM

Video Seks Pemimpin PAS, Propaganda UMNO

Video Seks Pemimpin PAS, Propaganda UMNO?

Awal pagi pada hari.. ntah ak pun dah lupa. Ak on Facebook je, ade member share video seks Mustafa Ali, hmmm sapakah dia? ak pun tengok video tuh. Ingatkan macam video anwar juga dulu. ada tapis2 lagi, kali ini langsung x ada. censored2 x ada, potong time main pun x ada. wah. hebat betul dah. Upload pula sorang nama Ustaz. Ak pun dah lupa sama nama Fb page dia tuh. Alahai...
Janganlah kamu hendak menang sangat sampai guna taktik kotor lagi..

ok lah x nak komen2 lagi. Nanti ak dilebelkan pro-pkr pula. haha

Mustafa Ali enggan ulas isu video lucah

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hari ini enggan mengulas berhubung dakwaan beliau terlibat dalam aksi lucah bersama seorang wanita tidak dikenali, yang disebarkan dalam bentuk video di blog-blog pro-Umno.


"Saya tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu yang diperkatakan.

"Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan," katanya dalam kenyataan satu perenggan yang disiarkan dalam akhbar web PASHarakahdaily sebentar tadi.

Lapan hari sebelum penamaan calon, beberapa blog pro-Umno memuatkan video melibatkan pemimpin itu dengan seorang wanita tidak dikenali dalam sebuah bilik hotel.

Penulis blog Papagomo mendakwa, wanita dalam video itu mengaku diupah PKR untuk memerangkap pemimpin itu - yang menurutnya orang paling lantang mendesak ke arah penyatuan PAS-Umno melalui kerajaan perpaduan.

Naib Presiden PKR N Surendran bagaimanapun berkata, dakwaan itu tidak berasas. Laman perkongsian Youtube sudah membuang video itu.