Sunday, April 14, 2013

LELAKI PARAH DITETAK KETIKA PASANG BENDERA PARTI



Adoi!!!
Sekarang ni nak pasang bendera pun  sangat bahaya. Inilah akibat terlalu taksub sangat dengan politik, sampai sanggup nak bunuh orang. Pasang bendera je pun. Di mana hilangnya kesopanan dan kehormatan masyarakat melayu?

Berpolitik lah secara sehat. Menang kalah adat bertanding. Mengapa takut sangat dengan keruntuhan UMNO? Ramai rakyat jelata dah x nak mereka mentadbir negara Malaysia lagi. Tukar la pula dengan parti lain. Negara lain pun dah banyak kali bertukat mandat. Mengapa UMNO takut sangat? Seperti puak2 yang bersalah besar terhadap negara.

Makin kamu buat perangai macam ni, makin kamu ditolak!
sebelum2 ni serangan samseng2 kat ceramah politik PKR. mmm....



KUALA TERENGGANU, 13 April (Bernama) -- Seorang lelaki parah akibat ditetak
ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik di Kemaman malam tadi.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata
kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam itu dipercayai berpunca akibat
perebutan kawasan untuk memasang bendera parti.
Katanya mangsa berusia 40-an bersama empat lagi rakannya sedang memasang
bendera parti apabila dihampiri sekumpulan lelaki yang kemudiannya bertindak di
luar kawalan dengan menetak mangsa menggunakan parang.
"Akibat tetakan itu mangsa mengelami kecederaan parah di bahagian hadapan
dan belakang badan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ampuan
Afzan, Kuantan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya polis sedang memburu kumpulan suspek yang dipercayai dianggotai
10 orang berusia antara 30 hingga 40 tahun.
Tiam berkata sehingga kini sebanyak tujuh laporan polis dibuat berhubung kes
pergaduhan melibatkan parti politik dan ini merupakan kes pertama yang
mendatangkan kecederaan.
Beliau mengingatkan penyokong parti politik supaya jangan bertindak di luar
batasan dan sebaliknya membuat laporan polis sekiranya bendera dan poster parti
mereka dirosakkan.
-- BERNAMA
NFI AZM RHM

No comments:

Post a Comment